KLIK BANNER

Monday, December 30, 2013

SIJIL PENYERTAAN DAN HADIAH KEMENANGAN - PERTANDINGAN CATUR TERBUKA PIALA ADUN BANGI

Adalah dimaklumkan bahawa kepada peserta yang telah sertai pertandingan ini dan inginkan SIJIL PENYERTAAN, sila emel kepada cerdikcatur@yahoo.com nama dan alamat penuh selewatnya 3 Januari 2014 (Jumaat). Nama dan alamat penuh anda akan diserahkan kepada pihak penganjur untuk di POS sijil tersebut ke kepada anda. Terima kasih.

Kepada pemenang yang masih tidak ambil hadiah kemenangan kerana balik awal, sila hubungi CM Fadli (014-2312370) atau emel (cerdikcatur@yahoo.com) untuk mengambil hadiah tersebut.

Sunday, December 29, 2013

KEPUTUSAN PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI 2013



Kamaluddin Yusof dan Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar yang masing-masing mendapat mata penuh telah menjadi juara bagi kategori masing-masing di Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi 2013 yang diadakan di Dewan Putra Kajang pada 28 Disember 2013. Pihak penaja telah bermurah hati untuk menambah hadiah wang tunai bagi Hadiah Khas Kategori Terbuka iaitu daripada RM 40 kepada RM 50 seorang.

ADUN BANGI OPEN WINNERS 
Keputusan penuh Kategori Terbuka boleh lihat di sini--> ADUN BANGI TERBUKA

IMG_0175 
En. Kamaluddin Yusof menerima piala dan hadiah wang tunai yang disampaikan oleh En. Dohari-Pegawai Sukan Pejabat ADUN Bangi & En. Rosli Yusof-Timbalan Ketua Pemuda DACS Serdang.

IMG_0156 
Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar menerima hadiah wang tunai RM 100 beserta medal atas kemenangannya.
ADUN BANGI U12 WINNERS 
Keputusan penuh kategori bawah 12 tahun boleh dilihat di sini--> ADUN BANGI BAWAH 12TAHUN

Friday, December 27, 2013

Tuesday, December 24, 2013

23/12/13 JAM 11.50PM-UPDATE TERKINI NAMA PESERTA

23/12/13 JAM 11.50PM - UPDATE TERKINI PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI @28 DISEMBER 2013 -

A) 155 PESERTA DAFTAR AWAL - Setakat  ini  hanya 70 peserta yang buat bayaran yuran penyertaan. Mohon peserta buat bayaran yuran awal selewatnya 25 Disember untuk memudahkan pihak Cerdik Catur membuat pairing awal dan mempercepatkan pengurusan pendaftaran pada hari kejohanan.

B ) 156-165 PESERTA DARI PIHAK ADUN BANGI - Dimaklumkan selewatnya 25 Disember jam12 malam, berapa peserta dari 10 tempat yang dikhaskan kepada pihak ADUN Bangi akan sertainya.

C)166-175 WAITING LIST -Sekiranya ada peserta dari 155 peserta yang daftar nama awal tapi tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini, nama mereka akan dikeluarkan dan pihak Cerdik Catur akan menghubungi peserta yang WAITING LIST menjemput mereka sertainya.

D) Dinasihatkan semua peserta yang sudah buat bayaran supaya maklumkan serta merta kepada CM Fadli untuk update nama dan bayaran untuk elakkan nama anda dikeluarkan/tertinggal.

E) Menunggu maklum balas daripada pihak penganjur sekiranya boleh ada tambahan meja dan kerusi kerana sebelumnya pihak penganjur hanya tetapkan 150 penyertaan sahaja. Total jumlah nama setakat ini ialah 175 nama.

F) Senarai nama peserta akan dikemaskinikan semula pada 25 Disember 2013 (Rabu) ini jam 8 pagi di semua laman web/blog Cerdik Catur untuk peserta SEMAK nama mereka..

G) Dimuatkan gambar 10 nama dalam WAITING LIST

JUMPA ANDA PADA 28 DISEMBER INI..
waiting list bangi

Sunday, December 22, 2013

UPDATE TERKINI PENDAFTARAN KEJOHANAN CATUR PIALA ADUN BANGI @ 28 DISEMBER 2013 (SABTU)

UPDATE TERKINI PENDAFTARAN KEJOHANAN CATUR PIALA ADUN BANGI @ 28 DISEMBER 2013 (SABTU)

Sila semak nama ANDA di link yang diberikan disini - https://drive.google.com/file/d/0Bzf0p3TkJ3ngenhnTjN1VGQzUUk/edit?usp=sharing

Sekiranya ada pembetulan, sila maklumkan kepada CM Fadli (014-2312370/016-3038892/cerdikcatur@yahoo.com)

Kepada peserta yang hanya daftar nama tanpa buat bayaran yuran penyertaan, sila emel atau wassapp salinan slip bayaran selewatnya 25 Disember ini. Peserta dalam senarai WAITING LIST, hanya boleh dibenarkan sertai sekiranya ada 155 peserta yang daftar awal, tidak membuat pembayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini..

Dinasihatkan para peserta layari www.stonemaster.info/www.cerdikcatur.blogspot.com/www.caturbangi.blogspot.com untuk maklumat terkini aktiviti catur pada 28 disember ini dan juga pada 31 Disember ini iaitu Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014 yang akan diadakan pada jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi .31 Disember, hari Selasa di Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam.

155 PESERTA SUDAH DAFTAR NAMA SERTAI KEJOHANAN CATUR PIALA ADUN BANGI

155 peserta sudah daftar Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi yang akan diadakan pada 28 Disember ini..Pendaftaran selepas ini iaitu nama yang ke-156 dan ke atas, peserta tersebut akan disenaraikan dalam WAITING LIST. Sekiranya ada peserta yang sudah daftar awal 155 yang pertama tetapi tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember 2013 (Rabu)..peserta yang dalam WAITING LIST akan dimasukkan dalam senarai utama 155 peserta menggantikan mana-mana peserta dalam senarai 155 terawal yang daftar tapi tidak buat bayaran yuran. Pihak penganjur hanya terhadkan 150 peserta sahaja untuk pertandingan catur kali ini.

Pendaftaran melebihi 100 peserta untuk kejohanan catur ini sudah dijangkakan dan diramalkan kerana beberapa sebab :

1) Semua 3 kejohanan catur terakhir yang diiktiraf sebagai CCR Rapid Rated Event yang diadakan di negeri Selangor cecah melebihi 200 peserta iaitu

a) Battle Chess II (daftar nama 480 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 415 peserta)

b) Kejohanan Catur Rekreasi Alam Sekitar FRIM (daftar nama 275 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 247 peserta)

c) Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ (daftar nama 320 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 252 peserta)

2) Komuniti Cerdik Catur cecah 1 ribu peserta yang sudah ada CCR ID No. dan dijangka cecah 2 ribu Komuniti Cerdik Catur yang akan ada CCR ID No. akhir tahun 2014. Disebabkan Komuniti Cerdik Catur makin bertambah ramai, pihak kami menjangkakan ada pertandingan catur menarik tahun depan yang diiktiraf sebagai CCR Rapid Rated Event akan berjaya cecah 500 peserta.

Terima kasih di atas sokongan ANDA sertai aktiviti yang dikendalikan oleh Cerdik Catur.

Esok, pihak Cerdik Catur akan muatkan senarai 155 terawal yang daftar nama di www.stonemaster.info, www.cerdikcatur.blogspot.com dan www.caturbangi.blogspot.com. 155 peserta yang sudah daftar awal, dinasihatkan supaya buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini. Selepas buat bayaran kepada CERDIK CATUR ENTERPRISE, maybank akaun no. 5648 1000 6279, sila emel (cerdikcatur@yahoo.com) atau wassapp CM Fadli (014-2312370) salinan slip bayaran yuran penyertaan. Sekiranya ANDA menghadapi masalah hendak emel atau wassapp salinan slip bayaran, sila maklumkan tarikh dan masa bank in, dan bawa slip bayaran tersebut pada hari pertandingan nanti.

Friday, December 13, 2013

LOKASI PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI 2013

Lokasi Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi pada 28 Disember 2013 (Sabtu)..seperti dimaklumkan oleh pihak penganjur kepada pihak Cerdik Catur.

Thursday, December 12, 2013

LAGI TAMBAHAN HADIAH DAN FLAYER BARU..3 MEDAL TERBAIK U8 & U10 DAN TERBAIK SWASTA

Dimuatkan flayer baru untuk Pertandingan Catur Terbuka Piala ADUN Bangi 2013 pada 28 Disember ini. Selain tambahan 3 medal untuk Top 3 Bawah 8 Tahun dan Top 3 Bawah 10 tahun, sudah sampai masanya ditambahkan lagi satu hadiah terbaik Kakitangan Swasta dalam kategori Terbuka. Untuk layak memenangi hadiah terbaik Kakitangan Swasta, anda hanya perlu bawa sekali sahaja 1 salinan pas kerja atau 1 salinan surat majikan atau bawa 1 name card..untuk simpanan pihak cerdik catur dan boleh digunakan selama 1 tahun sehingga akhir tahun depan 2014.


Tuesday, December 10, 2013

TAMBAHAN HADIAH - 3 TERBAIK PENDUDUK BANGI

TAMBAHAN HADIAH - 3 TERBAIK PENDUDUK BANGI ..syarat kelayakan 1) IC alamat kawasan DUN Bangi 2) Pelajar kawasan DUN Bangi 3) Bekerja kawasan DUN Bangi 4) Mengundi kawasan DUN Bangi.Medal juga diberikan kepada top 3 kategori terbuka dan kategori bawah 12 tahun..semua peserta akan terima sijil penyertaan..Sila rujuk flayer terbaru di www.stonemaster.info / www.cerdikcatur.blogspot.com / www.caturbangi.blogspot.com



Saturday, November 23, 2013

BORANG PENDAFTARAN ONLINE

Sila isikan butiran di dalam borang berikut: