KLIK BANNER

Sunday, December 22, 2013

155 PESERTA SUDAH DAFTAR NAMA SERTAI KEJOHANAN CATUR PIALA ADUN BANGI

155 peserta sudah daftar Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi yang akan diadakan pada 28 Disember ini..Pendaftaran selepas ini iaitu nama yang ke-156 dan ke atas, peserta tersebut akan disenaraikan dalam WAITING LIST. Sekiranya ada peserta yang sudah daftar awal 155 yang pertama tetapi tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember 2013 (Rabu)..peserta yang dalam WAITING LIST akan dimasukkan dalam senarai utama 155 peserta menggantikan mana-mana peserta dalam senarai 155 terawal yang daftar tapi tidak buat bayaran yuran. Pihak penganjur hanya terhadkan 150 peserta sahaja untuk pertandingan catur kali ini.

Pendaftaran melebihi 100 peserta untuk kejohanan catur ini sudah dijangkakan dan diramalkan kerana beberapa sebab :

1) Semua 3 kejohanan catur terakhir yang diiktiraf sebagai CCR Rapid Rated Event yang diadakan di negeri Selangor cecah melebihi 200 peserta iaitu

a) Battle Chess II (daftar nama 480 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 415 peserta)

b) Kejohanan Catur Rekreasi Alam Sekitar FRIM (daftar nama 275 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 247 peserta)

c) Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ (daftar nama 320 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 252 peserta)

2) Komuniti Cerdik Catur cecah 1 ribu peserta yang sudah ada CCR ID No. dan dijangka cecah 2 ribu Komuniti Cerdik Catur yang akan ada CCR ID No. akhir tahun 2014. Disebabkan Komuniti Cerdik Catur makin bertambah ramai, pihak kami menjangkakan ada pertandingan catur menarik tahun depan yang diiktiraf sebagai CCR Rapid Rated Event akan berjaya cecah 500 peserta.

Terima kasih di atas sokongan ANDA sertai aktiviti yang dikendalikan oleh Cerdik Catur.

Esok, pihak Cerdik Catur akan muatkan senarai 155 terawal yang daftar nama di www.stonemaster.info, www.cerdikcatur.blogspot.com dan www.caturbangi.blogspot.com. 155 peserta yang sudah daftar awal, dinasihatkan supaya buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini. Selepas buat bayaran kepada CERDIK CATUR ENTERPRISE, maybank akaun no. 5648 1000 6279, sila emel (cerdikcatur@yahoo.com) atau wassapp CM Fadli (014-2312370) salinan slip bayaran yuran penyertaan. Sekiranya ANDA menghadapi masalah hendak emel atau wassapp salinan slip bayaran, sila maklumkan tarikh dan masa bank in, dan bawa slip bayaran tersebut pada hari pertandingan nanti.

No comments:

Post a Comment