Tuesday, October 28, 2014

Penganjuran kali ke-2 tetap meriah!

Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi yang Ke-2 anjuran bersama Pejabat ADUN Bangi dan DACS Serdang telah berlangsung dengan meriahnya pada 26 Oktober 2014 (Ahad) lepas.
Pertandingan yang diadakan di Dewan Cempaka Tingkat 3, Kompleks PKNS Bangi bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 5.30 petang itu telah disertai oleh seramai 151 peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Para peserta telah bermain sebanyak 6 pusingan dengan kawalan masa 20 minit seorang. YB Ust. Shafie Ngah dan YB Amirudin Shari telah turut meluangkan waktu beramah mesra bersama para peserta pada kira-kira pukul 12 tengahari.
































 

No comments:

Post a Comment