KLIK BANNER

Tuesday, September 15, 2015

PENDAFTARAN ONLINE DITUTUP SEMENTARA SEHINGGA 23 SEPTEMBER 2015

Pendaftaran ONLINE ditutup sementara sehingga 23 September 2015 (Rabu). Seramai 200 peserta sudah daftar untuk Kejohanan Catur Piala ADUN Bangi 2015 Yang Ke-3. Mulai 15 September 2015 (Selasa), ANDA boleh daftar melalui emel (cerdikcatur@yahoo.com) atau whasapp (014-2312370) dan akan diletakkan dalam senarai WAITING LIST. Selepas 23 September 2015, sekiranya masih ada peserta yang sudah daftar awal sebelum 15 September 2015 yang masih belum bayar yuran penyertaan selepas 23 September 2015, peserta dalam WAITING LIST akan dijemput sertai aktiviti ini. 

Sentiasa rujuk maklumat terkini di www.caturbangi.blogspot.com. Senarai lengkap peserta yang sudah daftar akan dimuatkan laman blog ini minggu ini.


Saturday, July 25, 2015

BORANG PENYERTAAN ONLINE PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI 2015

Tuesday, October 28, 2014

Penganjuran kali ke-2 tetap meriah!

Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi yang Ke-2 anjuran bersama Pejabat ADUN Bangi dan DACS Serdang telah berlangsung dengan meriahnya pada 26 Oktober 2014 (Ahad) lepas.
Pertandingan yang diadakan di Dewan Cempaka Tingkat 3, Kompleks PKNS Bangi bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 5.30 petang itu telah disertai oleh seramai 151 peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Para peserta telah bermain sebanyak 6 pusingan dengan kawalan masa 20 minit seorang. YB Ust. Shafie Ngah dan YB Amirudin Shari telah turut meluangkan waktu beramah mesra bersama para peserta pada kira-kira pukul 12 tengahari.